2,3,4 haribulan 4 yg lepas,Unit Sispa Usim telah mengikuti latihan luar Baywatch di Port Dickson . Seramai 19 anggota unit telah memberi kerjasama untuk turut serta dalam latihan luar tersebut.Bertolak dari kediaman akasia pada pukul 6.30 lebih pada hari jumaat menaiki kenderaan kerusi panjang(Delta),amat menyeronokkan.dalam perjalanan ke sana,tiba2 berlaku satu kemalangan di kawasan labu.Maka,kami sebagai seorang anggota Pertahanan Awam berhenti untuk memberikan rawatan awal kepada mangsa.Mangsa mengalami kecederaan terbuka kira-kira 4 inci dibahagian kaki,jadi dengan peralatan yang ada ,kami cuba untuk menolong mangsa tersebut sebelum ambulan sampai.
Perjalanan diteruskan kembali ke tempat tujuan.Sampai di Pantai Port Dickson,kami dimaklumkan bahawa perlu melakukan pelbagai tugasan samada berkumpulan atau individu.Disana kami perlu memasak sendiri menggunakan dapur bergerak yg dibawa khas dari PUSPA seremban.Untuk pengetahuan pembaca,dapur bergerak atau dikenali sebagai mobile kitchen ini hanya terdapat dua buah sahaja yang dipunyai oleh Pertahanan Awam Malaysia.Satu di Seremban dan satu di Terengganu.Harga untuk sebuah dapur ini berharga RM250,000.00 sahaja.
Hari sabtu,02.04.2010.
Latihan bermula seawal 7.00 pagi.dimulai dengan sesi senaman pagi yang diselia oleh jurulatih susu. Selepas sarapan pagi,sesi pembelajaran dimula.Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan.Alpha dan Bravo. Kami mengikuti sesi pengenalan iaitu cara membaling tali kearah mangsa, pengenalan tentang menara peninjau Baywatch dan pengenalan kepada kendalian bot.
Selepas makan tengahari,kami mengikuti latihan yang dinamakan water confident.Yang ini sebenarnya yang ditunggu-tunggu oleh para peserta.Kami menggunakan life jacket dalam latihan ini.Dari tempat rendah hingga ke kawasan dalam sehingga kaki kami tidak dapat menjejakkan kaki kami.Disini kami diajar bagaimana untuk melakukan floating dan bubbling.
Selepas 2 jam berada dalam air,kami berehat di daratan.Tidak disangka2,petang itu,kawasan kami telah dilanda ribut,banyak khemah2 digenangi air.Maka,tidak dapat tidak,kami terpaksa tolong menolong untuk mengalihkan khemah ke tempat yang lebih tinggi.
Dalam keadaan hujan ribut itu,Kami masih lagi dapat menyediakan bahan2 untuk membuat barbeku untuk malam nanti.Ketika ini kita dapat mengetahui betapa pakarnya orang memotong ayam.heheheheAcara malam diteruskan dengan acara barbeku,Agak susah menghidupkan api kerana udara lembap,tapi akhirnya api mengalah dengan kami dan terpaksa menghidupkan dirinya.
Pada malam itu,kami terpaksa mengadakan giliran sentri kerana terlalu ramai orang luar lalu lalang dikawasan perkhemahan kami.
Ahad 04.04.2010.
Masuk kedalam air sekali lagi selepas sarapan pagi.Kali ini kami dibawa mengelilingi kawasan pantai Port Dickson Menggunakan bot rigid.memang soronok naik bot laju ni.Bagai melanggar bonggol setinggi 2 kaki rasenyer apabila bot itu melanggar arus.Part yang paling menarik sekali apabila kami diajar melompat dari bot terus kedalam air.Kami diajar dua cara.terjun secara membelakangi air atau berdiri.Disini kita dapat melihat keyakinan peserta untuk terjun kedalam air.Jadi,kami dibawa sejauh kira kira 500 meter dari gigi air dan disuruh melompat kedalam air.huhuhu.
kemudian kami disuruh berenang ke daratan.memang susah berenang menggunakan life jacket.tetapi lebih selamat.Ada pelbagai jenis renangan yang ditunjukkan oleh para peserta.ada yang berenang kembali ke tengah laut kerana tersilap arah.huhuhu
Kira kira tengahari,kami naik ke daratan.Kami bersiap -siap untuk pulang.Dalam pukul3 petang,kami bertolak kembali ke nilai.
Sekian untuk Latihan Luar Unit Sispa.harapnya akan ada lebih banyak lagi latihan luar seumpama ini walaupun terpaksa mengorbankan kulit muka.huhuhu
Baywatch Unit Sipa Memang Best!!!!!!
No comments:
Post a Comment