Monday, April 12, 2010

Majlis 'menghantar' Tuan Ismail Hafiz ke Tempat baru.....


Pada 11 April 2010 yang lepas, telah diadakan majlis perpisahan 'sementara' yang diadakan di dewan utama Pusat Pertahanan Awam Negeri Sembilan(PUSPA).Majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih anggota SISPA USIM kepada Tuan Ismail Hafiz kerana telah menyumbang banyak jasa dan bakti kepada SISPA USIM. Terlebih dahulu,kami ingin mengucapkan TAHNIAH kepada tuan kerana telah dinaikkan pangkat.Untuk pengetahuan pembaca sekalian,Tuan Hafiz telah bersama dan memimpin kita selama kira-kira hampir dua semester.Telah banyak perubahan dan penambahbaikan yang telah kita capai bersama.

Semangat yang ditunjukkan beliau jelas ternyata apabila melihat kepada keperibadiannya. Memang diakui bahawa beliau tidak garang kepada kita,tetapi cukup tegas dan bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada kita semua.
Semangat inilah yang patut kita reali
sasikan dalam diri kita. Namun,bukan semua burung pulang ke sarang,walaupun pertukaran beliau ke tempat baru merupakan satu kehilangan,namun sebagai manusia kita kita berharap agar beliau dapat menjalankan tugas dengan baik di ALPHA Bangi. Kita juga telah diberitahu bahawa sudah ada pengganti yang akan menggantikan tempat Tuan Hafiz.Cuma masa dan ketika sahaja yg akan menjelaskannya.Justeru,kami berharap agar pengganti baru yang akan datang ini akan mempunyai semangat yang sama atau lebih lagi berbanding dengan Tuan Hafiz.



Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang ditapak tangan,
Walau jauh beribu batu,
Namun tuan tetap diingatan.

Bintang barat terbit petang,
Bintang timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.

Tuan hafiz pergi ke Rasah,
Pulang semula malam hari,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin tuhan ketemu lagi.

Berenang laju si anak ikan,
Berenang sampai tanjung bidara,
Salah dan silap harap maafkan,
Agar hidup aman bahagia.

APA YANG PENTING????????

KERJASAMA!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment