Friday, July 9, 2010

KURSUS ASAS KAWAD KAKI UNIT SISPA USIM


Pada 20 hingga 30 Jun 2010,Unit Sispa Usim telah mengadakan Kursus Asas kawad kaki siri khas yang telah diadakan di Pusat Latihan Pertahanan Awam Malaysia Baling(PULAPA BALING),Kedah.Kursus ini telah disertai oleh 23 orang anggota Unit SISPA USIM yang diketuai oleh Pbt.Fakharuddin.
Bertolak pada 19 jun 2010 pada pkul 8 pagi dari Nilai,Negeri Sembilan,tiba di PULAPA Baling kira-kira pada pukul 5.00 petang.Sampai disana,kami terus check in kediaman masing-masing. Pada sebelah malamnya,diadakan taklimat berkenaan PULAPA Baling,perlantikan jawatankuasa kursus,serta sesi taaruf bersama jurulatih-jurulatih yang akan melatih kami nanti.

Pada hari pertama hingga hari ketiga kursus,kami diajar asas-asas kawad kaki dan cara-cara mengawadkan skuad.
Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil untuk memudahkan kami belajar dalam kumpulan masing-masing.Antara
jurulatih-jurulatih yang mengajar
kami ialah Pegawai waran 1 Encik Sabri dan Pegawai Waran 1 Encik Othaman. Pelbagai cara telah diajar oleh jurulatih-
jurulatih untuk melatih kami.Antaranya menghantar " assignment" yang telah diberikan kepada kami.

Pada hari keempat hingga hari keenam kami diajar kawad tongkat.
Baring,kepit,bimbit tongkat adalah perkara paling asas yang perlu kami belajar semasa pembelajaran kawad tongkat.Sekali kita pegang tongkat nampak mudah,tetapi sebenar susah untuk dipelajari.Bayangkan hormat kekanan hormat menggunakan tongkat ada 15 pergerakan yang perlu diingati.
Pada hari ketujuh,kami mengikuti kerahan tenaga oleh Komandan PULAPA Baling.Beliau memberi arahan bahawa kami terpaksa ikut bersama seluruh staf PULAPA Baling untuk mengedarkan pamplet kepada 1000 buah isi rumah di daerah Baling,Kedah. Letih tapi seronok.seluruh ceruk kampung kami masuki dengan berjalan kaki.Ada penduduk yang baik hati memberikan kami buah-buahan semasa kami singgah di rumah mereka.Tetapi mungkin berkat latihan dan tunjuk ajar daripada jurulatih-jurulatih disana,insyaallah kami dapat lakukan dengan lebih baik dan sempurna.untuk menghilangkan rasa sengal-sengal dan letih berkawad,pada hari kelima, pada pukul 10
malam,kami bertolak ke Kolam Air Panas Lenggong.
Memang sungguh panas airnya.Tidak mampu kami berendam lama-lama didalam kolam tersebut.


Pada hari seterusnya,kami melakukan latihan kawad formasi.Panas tapi berangin.begitulah keadaan di padang kawad ini.berlindung di sebalik Gunung Baling yang berbatu kapur,ingin sekali kami memanjatnya,tetapi belum kesampaian.Mungkin masa dan ketika akan menentu
kannya.
Hampir setiap pagi kami keluar dari kawasan pusat latihan untuk berjoging selepas PT pagi yang di ketuai oleh Encik Saad.Hampir seluruh jalan dikawasan luar pusat latihan telah kami terokai.

Pada hari seterusnya,latihan untuk majlis penutup diteruskan seperti biasa.Pertunjukan kawad kami
merangkumi kawad s
tatik,dinamik dan formasi.

Majlis penutup diadakan pada hari terakhir kursus dan dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr. Muhammad bin Hj.Alias,Timbalan Komandan Unit SISPA USIM.Sekian.-ilham








1 comment: