Friday, July 9, 2010

Minggu Taaruf Pelajar Baru dan Pendaftaran Kor Sispa Usim Sesi 2010/2011

Salam Perkenalan.
Salam Pertemuan.
Salam Persahabatan.
Salam Satu Sispa.
Salam Satu Malaysia.

Pada 3-5 julai 2010yang lepas,telah diadakan minggu taaruf bagi pelajar baru ijazah sarjana muda Universiti Sains Islam Malaysia.Maka dengan ini, SISPA USIM dengan kerjasama seluruhahli keluarga SISPA telah mengambil peluang
bersama pasukan-pasukan seangkatan yang lain,membuka dan
mencari keahlian baru kepada semua pelajar baru yang berminat untuk menyertai mengetahui dengan lebih lanjut tentang SISPA USIM sekaligus mengenali apa itu sebenarnya JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA(JPAM).


Pelbagai perangcangan telah dilaksanakan untuk menarik minat pelajar baru untuk menyertai SISPA USIM.Antaranya
pameran,pertunjukan,penerangan khas,serta banyak lagi.



Antara barang-barang yg telah dipamerkan ialah dari segi alatanparamedik,alatanmengawal kebakaran,alatanscuba,alatan menyelamatteknikal,dapur bergerak,ambulan JPAM,dan pelbagai lagi.

Keadaan selama 3 hari itu sungguh mengghairahkan apabila semua badan-badan beruniform menunjukkan kebolehan masing-masing.Tetapi itu semua adat dunia.Mungkin ada yang lebih,mungkin ada yang kurang.Yang lebih jangan sombong untuk menolong yang kurang dan yang kurang jangan malu untuk bertanya.Kita sebagai rakyat Malaysia harus saling bantu-membantu antara satu sama lain.Kalau terjatuh kita bangunkan,kalau terduduk kita berdirikan,
kalau sakit kita ubatkan.kalau kurang kita tambahkan,kalau tak bernyawa kita CPRkan.hehehe..

Menurut Puan Kasuma Binti Birin,penyelaras SISPA USIM,angka tidak rasmi pendaftaran bagi ahli baru seramai 122 orang.Agak memuaskan.tetapi kita mahu lebih lagi
pendaftaran baru kerana kita tahu apa kelebihan pertahanan awam itu sendiri.Yang telah mendaftar diharap kita sama-sama dapat menjiwai SISPA ini dan sumbanglah sedikit masa dan tenaga untuk kita mempelajari serba sedikit tentang ilmu Pertahanan Awam ini.


"MENOLONG LEBIH BAIK DARIPADA MENYAKITI"

1 comment: